Sekolah Kebangsaan Sungai Bakau ditubuhkan pada 1985. Nama asalnya adalah Sekolah Kebangsaan Sungai Bakau Cawangan Sungai Acheh.
Luas Sekolah adalah di atas tanah lot seluas 2ac, 1R, dalam Mukim 10, Sungai Bakau. Luas Padang adalah 25ac. Pada mulanya sekolah ini terdiri daripada dua blok sahaja iaitu Blok A dan Blok B dan jumlah murid adalah seramai 92orang sahaja.
Sekolah Kebangsaan Sungai Bakau dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, saudara Anwar bin Ibrahim pada tanggal 7 Januari 1987.
Guru Besar yang pertama ialah Cikgu Kassim bin Abdullah dari 1987 hingga 1991.
Pada 26 Disember 2011, Sekolah Kebangsaan Sungai Bakau telah di naiktaraf dengan permulaan pembinaan 2 blok 4tingkat di atas padang seluas 25ac yang menempatkan pejabat, surau, pusat sumber, bilik komputer, bilik muzik, bilik sains, bilik darjah, bilik kemahiran hidup, bilik mesyuarat dan bilik tayangan. bangunan ini siap pada 6 Ogos 2002
No comments:
Post a Comment